Saturday, 30 March 2013

Situasi 1 : Tinggikah Bangunan itu?

Azira sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pensyarahnya di pejabat. Dia terlihat sebuah masjid berdekatan dan amat tertarik dengan struktur dan senibina masjid berkenaan.
Azira memandang ke arah binaan masjid.

Azira tertarik dengan kecantikan struktur bangunan Masjid yang ada di situ.
Kedudukan Azira ke arah masjid.

Terdetik hati Azira untuk mengetahui ketinggian binaan masjid berkenaan.

Namun, Azira harus mengenalpasti apakah rumus Matematik yang boleh digunakan untuk membantu dirinya mendapatkan jawapan yang ingin dicari.

Masih ingatkah konsep Sudut Dongakan ?

Dalam sudut dongakan, kita memerlukan titik pemerhatian, garis horizontal, dan garis pemerhatian dalam menentukan sudut.

Kebiasaannya kita wakilkan sudut sebagai x atau θ dalam menentukan nilai sudut.



θ adalah nilai sudut dongakan dalam menentukan jarak Azira dan masjid.

Setelah menentukan jenis sudut yang dikehendaki samada sudut dongakan atau sudut tunduk, kita harus menentukan kedudukan garis horizontal, garis pemerhatian untuk menentukan nilai jarak dan tinggi yang diperlukan. kita wakilkan nilai jarak sebagai x dan nilai tinggi sebagai y.
Kedudukan nilai x dan y pada segitiga sudut dongakan.

Seterusnya, mari kita lakukan visualisasi secara grafik mengenai kedudukan Azira dan masjid.
Visualisasi kedudukan Azira dan masjid.

Sekarang kita telah mengenal pasti kedudukan garis pemerhatian, garis mengufuk dan sudut pemerhatian (sudut dongakan).
 

Sekarang, mari kita teruskan dengan melibatkan proses pengiraan.
 

Tetapi, kita belum selesai setakat di sini sahaja.
 

Mari kita semak semula garis, sudut dan kedudukan yang terlibat sebelum mendapatkan tinggi sebenar masjid berkenaan.
Wakilan kepada nilai-nilai yang terlibat.



Mari kita lihat penerangan di bawah.


 
Hah, sekarang baru kita temui jawapan bagi nilai tinggi sebenar masjid yang dilihat Azira!


Tips berguna.




No comments:

Post a Comment