Mereka menuju ke arah rumah api bagi menentukan kedudukan semasa kapal tersebut dan kapal Acapella berlayar lebih pantas berbanding kapal Bruno.
Mereka ingin menentukan jarak kedudukan mereka ke arah rumah api.
Tapi apakah konsep Matematik yang digunakan bagi menentukan kedudukan mereka sekarang?
Kedudukan kapal Bruno dan Acapella |
Diberi tinggi rumah api 96 meter dan sudut dongak dari kapal Acapella,y adalah 44°, hitungkan jarak kapal Acapella ke arah rumah api.
Dengan diberi nilai sudut dongak x, 31° hitung pula jarak kapal Bruno dari rumah api.
siapa dapat mengagak apakah hubungkait antara jarak yang berbeza yang dinyatakan seperti di atas?
ReplyDeletesaya rasa...semakin besar nilai sudut, semakin dekat jarak antara kapal dan rumah api tadi.. err, betul ke? :-S
ReplyDeleteSaya pun rasa begitu, sebab bila tengok balik kedudukan kapal Acapella dan Bruno tadi, sudut pandang kapal Acapella lebih besar dari Bruno punye. logik juga tu.
ReplyDelete