Monday, 8 April 2013

Video

SUDUT DONGAKAN

Assalamu'alaukum w.b.t. dan hai, semua.

Saksikan video yang disediakan ini untuk memahami situasi bagaimanakah aplikasi sudut dongakan dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Saksikan.



Sudut Dongakan [bahagian 1]

*pengguna boleh mengakses di sini jika video yang disediakan di atas tidak dapat dibuka.


SUDUT TUNDUK

Saksikan video yang disediakan ini bagi memahami situasi yang berlaku dan bagaimana konsep sudut tunduk mampu membantu kita. Saksikan.


Sudut Tunduk [bahagian 1]

*pengguna boleh mengakses di sini jika video yang disediakan di atas tidak dapat dibuka.

Mari kita lihat video berkenaan sudut dongakan dan apakah hubungkait antara dua nilai sudut yang berbeza. Saksikan.




Sunday, 7 April 2013

AKTIVITI : KUIZ

Setelah diterangkan kepada anda beberapa situasi mengenai sudut dongakan dan sudut tunduk, mari uji sejauh mana kefahaman anda terhadap sudut dongakan dan sudut tunduk.










SOALAN 1
Soalan berdasarkan rajah 1 di bawah.
Padankan sudut berkaitan berdasarkan situasi yang diberi.
Rajah 1

a)1 adalah sudut ________ dari puncak gunung ke arah pendaki.
b)2 adalah sudut dongak dari pendaki ke arah ___________
c)3 adalah sudut tunduk dari  _________ ke arah pondok
d)4 adalah sudut _________ dari pondok ke arah pendaki.


[ Penerangan mengenai 2 dan 3 ]

# 2 adalah sudut dongakan kerana garis mengufuk berada pada kedudukan mata pendaki, menjadikan mata pejalan kaki sebagai titik pemerhatian. Dari matanya dia melihat ke atas dan ia dipanggil garis pemerhatian.

# 3  adalah sudut tunduk kerana  garis mengufuk berada pada kedudukan mata pendaki, menjadikan mata pendaki sebagai titik pemerhatian. Dia melihat ke bawah dan ia dipanggil garis pemerhatian.




SOALAN 2
Soalan berdasarkan pada rajah 2 di bawah. 
Padankan sudut berkaitan dengan penyataan yang diberi.

Rajah 2

a) sudut dongakan dari kapal selam ke arah bot.       (∠   )
b) sudut dongakan dari bot ke arah rumah api.          (∠   )
c) sudut dongakan dari Jim ke arah air terjun.           (∠   )
d) sudut tunduk dari air terjun ke arah Jim.               (∠   )
e) sudut tunduk dari air terjun ke arah Kelly.             (∠   )
f) sudut dongakan dari Kelly ke arah air terjun.        (∠   )
g) sudut tunduk dari rumah api ke arah bot.              (∠   )
h) sudut tunduk dari bot ke arah kapal selam.           (∠   )





SOALAN 3
Selesaikan masalah yang diberi.








#azizijohariterokamatematik.blogspot

Wednesday, 3 April 2013

Situasi 3 : Jarak Rumah Api

Dua buah kapal, Acapella dan Bruno berlayar dalam satu pelayaran yang sama menuju ke Pulau Langkawi.

Mereka menuju ke arah rumah api bagi menentukan kedudukan semasa kapal tersebut dan kapal Acapella berlayar lebih pantas berbanding kapal Bruno.

Mereka ingin menentukan jarak kedudukan mereka ke arah rumah api.

Tapi apakah konsep Matematik yang digunakan bagi menentukan kedudukan mereka sekarang?
Kedudukan kapal Bruno dan Acapella

Diberi tinggi rumah api 96 meter dan sudut dongak dari kapal Acapella,y adalah 44°, hitungkan jarak kapal Acapella ke arah rumah api.






Jarak kapal Acapella dari rumah api sudah diketahui. Bagaimana pula dengan jarak kapal Bruno dari rumah api?
Dengan diberi nilai sudut dongak x, 31° hitung pula jarak kapal Bruno dari rumah api.


 



Monday, 1 April 2013

Situasi 2 : Jauhkah Nazmi



 
Dalam perjalanan pulang dari pejabat, Azira menyelusuri satu laluan untuk ke kawasan parkir kereta.

Sewaktu Azira berjalan, dia terlihat kawannya, Nazmi tergesa-gesa menuju ke arahnya sambil Azira memerhatikannya dari atas.

Azira mengagak yang Nazmi hanya 30 meter jarak dari kedudukannya.

Adakah benar tekaan Azira?


Sebelum melakukan proses visualisasi pada penyataan situasi di atas, mari kita kenal pasti dahulu di manakah kedudukan garis mengufuk, garis pemerhatian dan sudut pemerhatian.

Mari kita bersama-sama mendalami situasi tersebut dengan melakukan visualisasi pada lakaran rajah di bawah.











Saturday, 30 March 2013

Situasi 1 : Tinggikah Bangunan itu?

Azira sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pensyarahnya di pejabat. Dia terlihat sebuah masjid berdekatan dan amat tertarik dengan struktur dan senibina masjid berkenaan.
Azira memandang ke arah binaan masjid.

Azira tertarik dengan kecantikan struktur bangunan Masjid yang ada di situ.
Kedudukan Azira ke arah masjid.

Terdetik hati Azira untuk mengetahui ketinggian binaan masjid berkenaan.

Namun, Azira harus mengenalpasti apakah rumus Matematik yang boleh digunakan untuk membantu dirinya mendapatkan jawapan yang ingin dicari.

Masih ingatkah konsep Sudut Dongakan ?

Dalam sudut dongakan, kita memerlukan titik pemerhatian, garis horizontal, dan garis pemerhatian dalam menentukan sudut.

Kebiasaannya kita wakilkan sudut sebagai x atau θ dalam menentukan nilai sudut.



θ adalah nilai sudut dongakan dalam menentukan jarak Azira dan masjid.

Setelah menentukan jenis sudut yang dikehendaki samada sudut dongakan atau sudut tunduk, kita harus menentukan kedudukan garis horizontal, garis pemerhatian untuk menentukan nilai jarak dan tinggi yang diperlukan. kita wakilkan nilai jarak sebagai x dan nilai tinggi sebagai y.
Kedudukan nilai x dan y pada segitiga sudut dongakan.

Seterusnya, mari kita lakukan visualisasi secara grafik mengenai kedudukan Azira dan masjid.
Visualisasi kedudukan Azira dan masjid.

Sekarang kita telah mengenal pasti kedudukan garis pemerhatian, garis mengufuk dan sudut pemerhatian (sudut dongakan).
 

Sekarang, mari kita teruskan dengan melibatkan proses pengiraan.
 

Tetapi, kita belum selesai setakat di sini sahaja.
 

Mari kita semak semula garis, sudut dan kedudukan yang terlibat sebelum mendapatkan tinggi sebenar masjid berkenaan.
Wakilan kepada nilai-nilai yang terlibat.



Mari kita lihat penerangan di bawah.


 
Hah, sekarang baru kita temui jawapan bagi nilai tinggi sebenar masjid yang dilihat Azira!


Tips berguna.