Saturday 23 March 2013

Selamat Datang ke Teroka Matematik

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara.

Matematik. Ia merupakan sebuah subjek yang amat menarik untuk dipelajari. Setiap orang tidak mampu melepaskan diri dari belenggu Matematik walau di mana jua kita berada. Samada menjawab soalan Kalkulus ketika peperiksaan, mahupun kita ke kedai runcit untuk membeli keperluan dapur kebanyakan perkara sememangnya melibatkan Matematik walaupun kita membeli satu kilogram gula pasir.



Mungkin ada pula segelintir dari kita beranggapan bahawa Matematik adalah sesuatu yang mudah dipelajari tetapi sukar untuk diaplikasi. Secara umummnya, Matematik hanya dianggap mudah hanya jika kita mampu menyelesaikan permasalahan Matematik tersebut. Sebaliknya, mereka tidak faham pun terhadap apa yang mereka selesaikan itu.

Tinggi, berat, jarak, kelajuan yang merujuk kepada penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian kita namun hanya segelintir sahaja yang menyedarinya. Tahu, faham, dan guna merujuk pada perbezaan tiga peringkat ilmu di mana seseorang yang faham semestinya dia mengetahui dan begitulah seterusnya.

Sila ikuti perkembangan dalam blog ini dari semasa ke samasa. Blog ini akan menunjukkan bagaimana Matematik boleh diguna pakai secara mudah dalam kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment