Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera sebagai pembuka
bicara.
Matematik. Ia merupakan sebuah subjek yang amat menarik
untuk dipelajari. Setiap orang tidak mampu melepaskan diri dari belenggu
Matematik walau di mana jua kita berada. Samada menjawab soalan Kalkulus ketika
peperiksaan, mahupun kita ke kedai runcit untuk membeli keperluan dapur
kebanyakan perkara sememangnya melibatkan Matematik walaupun kita membeli satu
kilogram gula pasir.
Mungkin ada pula segelintir dari kita beranggapan bahawa
Matematik adalah sesuatu yang mudah dipelajari tetapi sukar untuk diaplikasi. Secara
umummnya, Matematik hanya dianggap mudah hanya jika kita mampu menyelesaikan
permasalahan Matematik tersebut. Sebaliknya, mereka tidak faham pun terhadap
apa yang mereka selesaikan itu.
Tinggi, berat, jarak, kelajuan yang merujuk kepada
penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian kita namun hanya segelintir
sahaja yang menyedarinya. Tahu, faham, dan guna merujuk pada perbezaan tiga
peringkat ilmu di mana seseorang yang faham semestinya dia mengetahui dan
begitulah seterusnya.
No comments:
Post a Comment